Sunday, June 20, 2010

Bab 5

Selepas memutuskan panggilannya tadi, "Anna, aku dah dapat cuti." ujar Azalea. "What's your plan? Kau dapat cuti berapa lama?" soal Dayanna. "Entah. I was thinking to go for a holiday. Tapi tadi aku kata aku sakit." terang Azalea. "I think you better tell Syafiq. He's been a great friend and boss. He'd understand la babe. Tell him the truth." terang Dayanna. "Hmm.. Nantilah. Teman aku ke stesen bas? Kita ambil teksi pergi Pavillion to pick up my car, then drive me to Pudu." cadang Azalea. "Where you heading to?" soal Dayanna lagi. "Where my home is.." balas Azalea dengan pendek.


"Haiyo miss, nasib baik you datang balik. Saya ingat miss sudah lupa sama kereta miss semalam." kata lelaki berbangsa india yang menjaga tempat letak kereta di bahagian luar Pavillion. Aku hanya mampu memaksa diri untuk senyum. "Thank you ya." jawab Azalea. "Can you please drive?" tanya Azalea sambil menghulurkan kunci kereta kepada Dayanna. Dayanna sambut kunci kereta dan mereka ke destinasi seterusnya, stesen bas Pudu. Sejurus tibanya mereka di stesen bas Pudu, "Kau tunggu dalam kereta kejap, aku pergi beli tiket bas. Jap tau." pesan Azalea. "Baik mem! Aku kan pak supir kau." usik Dayanna. Selepas lima belas minit Azalea menghilangkan diri, dia berjaya memboloskan diri untuk keluar dari Puduraya yang sibuk itu. "Fuh, ramai siot orang tadi. Setahu aku, bukannya cuti. Baru hari Selasa." terang Azalea selepas memasuki kereta. "Tiket kau beli tu bila?" soal Dayanna. "Can't wait to get rid of me that fast?" usik Azalea. "Amboi... mentang mentang dah beli tiket bas, terus happy." cebik Dayanna. "Of course I can't wait! Sebab... Rumah kau, kereta kau.. semua milik aku!" seloroh Dayanna. "Ambik lah, memang kalau apa apa jadi kat aku, aku dah wasiatkan kat kau.. Kau kan sayang kan harta aku. Bukan aku..." rajuk Azalea mengada ngada. Kedua-dua akhirnya gelak. "Lea, I feel a bit better dengar kau gelak and seeing you can smile. Things are going to be okay." ujar Dayanna lembut. "I hope so..." balas Azalea perlahan. "So, where to now mem?" usik Dayanna. "Home. I need to pack my bag." ujar Azalea. "What? Kau pergi malam ni jugak ke?" soal Dayanna secara terkejut. "Yep. I can't be here now. I need to leave." jawab Azalea. "What time is your bus?" soal Dayanna lagi. "Evelen thirty tonight." balas Azalea.


"Anna, aku tiba tiba don't feel like going."jelas Azalea. Dia kelihatan sangat resah. "Lea, don't go if you don't feel like it. You don't haveto run away. Problems will always be there. Even kau lari ke hujung dunia pun, problems will always be there." ujar Dayanna. "It's still not too late. Bas tak gerak lagi." sambung Dayanna. Azalea bermundar mandir. "I'm not running away Anna. I just need some air, different sceneries to clear my mind. Aku tau problem sentiasa ada. Aku semak. Aku tak boleh pikir kalau aku kat sini. Semak Anna, semak sangat." balas Azalea. " It's up to you. Your choice. Aku tak boleh halang kau. Just a reminder. " ujar Dayanna. Azalea memerhati sekelilingnya. Ramai manusia berpusu-pusu di Puduraya, mengejar masa untuk berlepas ke destinasi masing masing. Azalea pusing semula ke arah Dayanna, "Anna, I'll be away for quite some time. Please don't tell anyone where I'll be. I'll call you when I've reached there." pesan Azalea. "Lea, don't worry. Just please take care of yourself. Telifon aku tau. Jangan bagi aku risau plak. Ada kang aku naik kapal terbang sampai sana." balas Dayanna. Dia amat risaukan teman baiknya. Memang dia masak dengan perangai Azalea. Dia tahu, bila ada sesuatu yang membuat Azalea serabut di fikiran, Azalea akan pergi menghilangkan diri. Dia tahu Azalea bukan mahu melarikan diri. Hanya untuk menenangkan fikirannya. Memang begitu lah perangai Azalea. Dia tidak tahan hidup di kota raya yang amat sibuk ini jika ada masalah yang membuatnya serabut di minda. "Katakanlah kau beli open ticket?" soal Dayanna. "As always. You know me." ujar Azalea sambil menghadiahkan satu senyuman. "Haaa, kan kau boleh senyum. Amboi.. Aku tahu kau tak sabar..." usik Dayanna. "Okaylah, I think I better get going. Nanti kena tinggal dengan bas, aku jugak melalak kat sini." seloroh Azalea. Mereka berpelukan dan Azalea hilang dari pandangan Dayanna. "Lea, Lea.. I hope you'll be okay. Itu sahaja yang mampu aku doa sekarang.." bisik Dayanna dalam hati.

1 comment: