Tuesday, June 15, 2010

Bab 3

"Encik Farid, tadi ada panggilan dari Cik Qristina. Dia pesan minta bos telefon dia balik." kata Intan, gadis kecil molek dari Kelantan. Intan telah menjadi setiausaha Farid Adlan sementara waktu hingga Nadia kembali untuk bertugas. Nadia telah mengambil cuti bersalin selama dua bulan. "Okay, ada sesiapan lagi telefon saya selain dari Qristina semasa saya tiada Intan?" soal Farid Adlan. "Tiada bos. Ini dokumen yang memerlukan tanda tangan bos." jelas Intan sambil menghulurkan invois kepadanya. Selepas menandatangani dokumen tersebut, Farid Adlan terus masuk ke pejabatnya.


"Intan, tolong telefon Qristina dan sambungkan panggilan itu kepada saya." arah Farid Adlan melalui interkom. Selepas beberapa minit, "Boss, Cik Qristina is on line one." kedengaran suara Intan melalui interkom. "Thank you Intan, you can pass it to me now." jawab Farid Adlan. "Qristina! Sorry to return your call so late. I was out for a meeting. How can I help you?" ujar Farid apabila menjawab panggilan yang telah disambungkan oleh Intan dengan suara yang malas. "It's okay Farid. I faham you sibuk. I just wanted to personally invite you over to my parents house this coming Saturday. You free?" tanya Qristina dengan suara yang penuh manja. "What's the occassion?" soal Farid dengan penuh tanda tanya. "Alaaa my parents anniversary. Datang ya?" pujuk Qristina. "Hmm.. I will then." jawab Farid dengan malasnya. "Yay! I'll see you soon. My mom dah invite your parents already. So, I'll see you and both your parents ya.." jawab Qristina dengan riang nya. "Okay.." jawab Farid dan terus mematikan talian.


"Kenapalah mak bapak aku nak sangat aku dengan perempuan gedik ni? Tak ada perempuan lain ke?" keluh Farid dalam hatinya. Dia terus mengusap dahinya yang tidak sakit. Tiba tiba pintu diketuk. "Masuk." arah Farid. "Farid, kau baru balik dari meeting ke? Tadi papa cari kau." kata Fahmi Azri, abang kepada Farid. "Ak ah. Tadi jumpa klien for lunch. Papa nak apa?" soal Farid. "Entah. Agaknya nak tahu lah macam mana anak kesayangan dia yang baru start kerja la." seloroh Fahmi. Farid gelak dengan kuatnya. "Eh, kau pergi ke nanti rumah Datuk Azman sabtu ni? Abang macam malas nak pergi. Jom pergi main golf ke, futsal ke, apa-apa je lah, janji tak payah pergi sana." sambung Fahmi dengan wajah yang meluat. Makin rancak kedengaran gelak tawa Farid. "Abang pun sama kena? Ni mesti si Qristine yang telefon abang. Tadi Qristina pun ada call Farid, pujuk datang. Farid jawab okay je lah sebab malas nak layan kegedikan dia." jelas Farid. Kali ini kedengaran ketawa Fahmi. "Apalah nasib kita Farid.. Mama nak sangat kita kahwin dengan anak kembar Datuk Azman. Mentang mentanglah dah janji sejak kita kecil lagi.. haih..." keluh Fahmi.


Datuk Azman dan Datin Zahidah merupakan teman rapat keluarga Encik Syahidin dan Puan Syawati. Puan  Syawati dan Datin Zahidah merupakan kawan baik dari bangku sekolah. Dari kecil lagi mereka berjanji, jika mereka sudah berkeluarga dan mempunyai anak, mereka akan menyatukan anak anak mereka. Qristine Antasha dan Qristina Antasha merupakan anak kembar kepada Datuk Azman dan Datin Zahidah dan umur mereka tidak jauh beza dengan Farid Adlan. Manakala mereka lima tahun muda dari Fahmi Azri, yang merupakan anak sulung kepada Encik Syahidin dan Puan Syawati. Disebabkan anak sulung Datuk Azman dan Datin Zahidah, Lola Antasha sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Qristine Antasha akan dijodohkan dengan Fahmi Azri dan Qristina Antasha pula dengan Farid Adlan. Sudah beberapa tahun kedua-dua adik beradik kembar cuba sedaya upaya untuk memenangi hati jejaka pilihan keluarga mereka, namun mereka masih gagal. Hati Fahmi Azri sudah tertutup setelah wanita yang berjaya menambat hatinya itu pergi meninggal dunia buat selamanya. Farid Adlan pula, masih menyintai gadis yang sama semenjak di bangku sekolah akan tetapi, tidak pernah dia luahkan perasaannya itu.

No comments:

Post a Comment