Wednesday, June 16, 2010

Bab 4

Azalea Ilyana. Gadis yang senantiasa bermain di fikiran Syafiq Hakimi. Senyumannya sahaja boleh membuat waktu berhenti seketika. Belum kedengaran gelak tawanya yang manja. Azalea, seorang gadis yang selamba. Tidak pernah kenal erti malu, tapi dalam diam manja orangnya. Sekali sekala, perangainya itu tidak berubah seperti budak lelaki. Pertemuan pertama tidak dapat dia lupakannya. 


"Hoi! Buta ke?!" Syafiq Hakimi di jerkah. "Kau tu yang buta ke? Jalan bukan main lintang pukang, lepas tu langgar aku, nak marah aku pulak?" balas Syafiq Hakimi dengan kasarnya sambil mengutip dokumen yang bertaburan di lantai. "You think it's my fault? Look, I'm late and in a rush, I'm sorry." kedengaran suara yang lembut sedang meminta maaf. Sebaik sahaja Syafiq Hakimi berdiri, dan menoleh untuk melihat siapakah gerangan suara yang kasar tiba-tiba berubah kepada suara yang lunak, kelibat gadis tersebut tidak kelihatan lagi.


"Farah! Aku langgar dengan Syafiq Hakimi lah tadi kat lobi!" jerit Azalea dengan gelabahnya. "Hah?! Syafiq Hakimi bos kita yang kacak, bergaya ala Farid Kamil tu?" soal Farah Aleeya, teman sepejabat Azalea."Iya lah! Siapa lagi! Nasib kau tunjuk gambar company trip hari tu kat aku, Kalau tak, memang aku tak kenal kah! Aku pulak tengah kelam kabut nak cepat masuk ofis. Kereta aku masuk workshop, lepas tu teksi pula tak ada." ujar Azalea dengan tercungap-cungap. "Aku jerkah dia tadi! Lepas tu baru aku sedar aku jerit kat bos kita! Aku cabut lah lepas tu! " sambung Azalea sambil menggigit kukunya. Farah ketawa. "Ehem.. rancak ketawa Farah. Tak ada kerja ke? How about you, miss...? Aren't you new here?" soal Syafiq Hakimi dengan tegas. Terdiam kedua-dua gadis tersebut. Mereka kecut perut. Syafiq Hakimi memang terkenal dengan  ketegasannya  dalam soal kerja. "Azalea Ilyana..." jawab Azalea dengan perlahannya. Syafiq Hakimi merenung Azalea dengan penuh tajam. "Step into my office please."arah Syafiq dan berlalu pergi. "Alamak. Habis lah aku. Baru masuk kerja seminggu yang lepas, hari ni dah kena buang." keluh Azalea dengan lemahnya. "Don't worry. Aku rasa everything's going to be okay. Takkan dia nak pecat kau? Kau baru masuk seminggu. Masa dia tengah outstation. Takkan hari ni baru masuk office terus nak buang kerja?" terang Farah sambil cuba memujuk hati Azalea yang amat resah. "I hope so.." kata Azalea dan melangkah dengan lemahnya ke pejabat Syafiq Hakimi.


Sedang Syafiq Hakimi menyusun dokumen yang berterabur tadi, kedengaran pintu diketuk. "Come in." arahnya dengan tegas. "Boss, you asked me to see you." terang Azalea apabila melangkah masuk ke pejabat. "Please take a seat." pelawa Syafiq dengan lembutnya. "Aik, tadi sikit punya garang mamat handsome ni. Tau pulak nak berlembut." ngomel Azalea dalam hati. "I'm sorry about just now. We didn't get a chance to meet up. Miss.." ujar Syafiq sambil cuba mengingati nama gadis ayu dihadapan mata nya itu. "Azalea. Azalea Ilyana." sambung Azalea untuk mengenalkan dirinya buat kali kedua. Mereka bersalaman. "I was told that you were hired as a PR to our company while I was away. You were introduced by Farah, my personal assistant who we encountered just now." terang Syafiq Hakimi. "I believed my father, Encik Hazari hired you because we trusted Farah as she has been with the company for 3 years already. You are going to work with me and Farah very closely. I know both of you are friends and I expect you to be professional. Friends are friends, but here at work, you are colleagues. Luar dari pejabat, you nak gosip, go ahead. But not here in this office." sambung Syafiq dengan tegasnya. Ia merupakan satu amaran. "Alamak, bapak naga lah dia ni. Baru je puji dia ni lembut, tau-tau garang balik. Kalah singa betina. Nasib kau handsome." ngomel Azalea lagi dalam hati sambil mengangguk kepalanya tanda faham apa yang baru diterangi oleh Syafiq. "I'm sorry boss. It won't happen again." ujar Azalea. "Is there anything else boss?" soal Azalea semula. "No, you can leave now." balas Syafiq. Sebaik sahaja Azalea bangun dari kerusi, "Azalea, are you free for lunch? Consider it as a welcoming lunch. Ajak Farah sekali ya." pelawa Syafiq dan mengukir senyuman yang memang boleh menambat hati mana mana gadis. "Okay boss." balas Azalea dengan pendek dan terus keluar dari pejabat Syafiq Hakimi.

Sebaik sahaja Azalea keluar dari pejabat Syafiq Hakimi, "Lea, apa bos kita nak?" soal Farah. "He gave me a warning and lepas tuh, dia ajak kita keluar lunch. Welcoming lunch." jelas Azalea dengan nada yang datar. "Lunch? Apa mimpi dia? Aku start kerja sini tak ada pulak nak belanja aku makan." balas Farah sambil mengerut dahinya. "Kau  pergi je lah. Aku kan half day today.. Dia lupa kot." sambung Farah lagi. "Ala, tak nak lah. Kau tak ada. I'm not going to be comfortable with him alone." protes Azalea. "Weh, jangan lupa, you're going to work with him closely." tekan Farah. "Just go. He's alright.. " pujuk Farah. "Ye lah, ye lah. Aku pergi. Dah, aku nak ke table aku balik. Banyak lagi kerja nak kena buat. Tak pasal pasal kena sound lagi. Tadi dia dah warning. Sebelum kau gerak, let me know okay?" pesan Azalea.

Tepat pukul satu tengahari, "Ready to go for lunch?" soal Syafiq Hakimi sambil tersenyum. "Hah?" soal Azalea dengan terkejutnya. "Isk, tokojut den." ngomel Azalea dalam hati. "Didn't I say I want to take you and Farah for lunch?" soal Syafiq sekali lagi. "By the way, Farah couldn't make it. I forgot she took half day today." jelas Syafiq. "I'm guessing it's just you and me." sambungnya. "Give me a few minutes. I need to send an email to our client." jelas Azalea. "Okay, I'll wait for you at the lobby ya?" ujar Syafiq dan terus beredar. "Mak aii, he's punctual. Tau tau dah terpacak kat meja aku. Kalau aku gayut dengan Anna tadi, mampus kena marah. Confirm kantoi bodoh." kata Azalea dengan perlahannya.

"So, where would you like to have lunch?" soal Syafiq apabila Azalea tiba di lobi. "Anywhere. I don't mind." jawab Azalea dengan pendek. "Cik Azalea, anywhere tu can be mamak, cafetaria. Why won't you decide. I tukang bayar aje." kata Syafiq pada Azalea. "Hmm.. I guess, kita pergi Olive Tree saje la. Lunch set dia sedap bos. I've been there since I started working." cadang Azalea. "Not a problem. Your choice." balas Syafiq. "By the way, just call me Syafiq when we're out of the office." sambungnya dengan bersahaja. Azalea mengangguk dan balas dengan senyuman.

Sampai sahaja mereka di kafe Olive Tree, mereka telah memesan makanan masing-masing. Sejurus, pelayan itu beredar, "Boleh tahan you punya garang ya pagi tadi?" usik Syafiq. "Excuse me?" soal Azalea dengan muka terkejut. Syafiq terus ketawa dengan kuatnya. Muka Azalea berubah dari terkejut menjadi pucat. "Laaa, don't worry. It's okay. You don't have to be so panic. I was shocked to see you at Farah's desk. Didn't expect it was you. I forgave you.." ujar Syafiq dengan sisa tawanya. "Soo... sorrry bos." balas Azalea secara gagap. "Azalea, it's okay. It was an accident." gelak Syafiq. "Comel pulak dia ni bila dia panik.." kata Syafiq dalam hatinya.

Sejak itu, Azalea Ilyana telah berjaya menambat hati Syafiq Hakimi. Kini sudah dua tahun, Syafiq masih tidak meluahkan perasaannya terhadap Azalea. Syafiq amat kecewa apabila mendapat tahu yang Azalea sudah mempunyai teman lelaki, Kamil Afsyah. "You're one lucky dude. Take care of her. She's one in a million." pesan Syafiq pada Kamil ketika Azalea memperkenalkan mereka berdua pada suatu masa dahulu. Sedang Syafiq Hakimi mengimbas kembali memori lama, telefon bimbitnya berdering.

"Hey Syafiq, am I disturbing you?" kedengaran suara lemah Azalea di corong telefon. "No, what's up? Why do you sound so sick? Are you sick?" soal Syafiq bertubi-tubi kerana risau terhadap gadis yang senantiasa di hati nya. "Urm... yep. Can I take a few days off? I don't think I can come in. I'm fnot eeling too well lah." jelas Azalea dengan suara serak basah. "No worries. About the meeting today, I'll handle it. Go and get some rest please. I'll check on you later okay?" balas Syafiq. "Thanks. You're one great boss and friend!" gelak Azalea secara paksa. "Don't take the leave too long. I might miss you later." gelak Syafiq. "Don't forget to ask Kamil to take you to the clinic later. If not, I'll kill him for not taking care of my sweets." sambungnya lagi. "Urm, Kamil? Okay, okay. " balas Azalea dengan pendek. "Is everything okay?" soal Syafiq dengan nada yang serious. "Oh, no! Everything's alright. Talk to you later ya?" terang Azalea secara acuh tak acuh. "Thanks again Syafiq. " Klik!

No comments:

Post a Comment