Monday, June 14, 2010

Bab 2

Beratnya mata ini. Aku tahu aku harus bangun dari katil ini. Satu malam aku sudah menangisi apa yang telah terjadi. "Lea! Lea! Buka pintu ni!" jerit Dayanna sambil mengetuk pintu bilik aku dengan kuatnya. Dengan lemahnya aku bangkit dari katil dan membuka pintu bilik aku. Dayanna menerpa ke arah aku, "Ya rabbi, Lea... bengkaknya mata kau. Aku cuba telefon kau berkali-kali tapi tak dapat. Nasib aku ada kunci rumah kau. Lain kali kasi aku kunci bilik sekali!" kata Dayanna sambil memeluk aku. Terus aku menangis tanpa henti. "Cry Lea, just cry.. Let it all out. I will make you feel better.." pujuk Dayanna.

"Aku tak faham kenapa Kamil buat aku macam ni? I let him in and this is how he treats me and he thinks I'm that daft? Aku tahu dia dengan betina tu. I gave him chances to explain himself, tapi dia masih berdalih.." jelas aku kepada Dayanna selepas meleraikan pelukan. Aku mengesat sisa air mata di pipi. "I left him after that. Lepas tu aku berjalan entah kemana. Tau-tau dah sampai depan KLCC. Aku ambil teksi pulang. Kereta pun aku lupa nak ambil di Pavillion." sambung penjelasan aku. "Astaghfirullah... Kau sampai rumah pukul berapa semalam?" soal Dayanna dengan wajah yang tidak mempercayai apa yang telah aku ceritakan padanya. "Entah. Aku tak tengok jam." jawabku dengan pendeknya. "Dah, now, I'm going to make you breakfast. Go and take a shower Lea. You will feel a whole lot better." sambil menghulurkan tuala mandi dan terus meninggalkan aku keseorangan dalam kamar tidur aku.

"Haih, lama betul kau mandi. Makanan dah sejuk dah. Buat penat je aku masak cepat-cepat untuk kau." ngomel Dayanna bila aku baru sahaja melabuhkan punggung di meja makan. "Sorry.." itu sahaja yang aku dapat katakan. Fikiran aku masih melayang, memikirkan apa yang telah terjadi. "Sorry sorry naik lorry!" sengih Dayanna. "Makan lah. You have to eat a little bit.. Tak payah habiskan even though aku masak sedap sedap untuk kau.." pujuk Dayanna sambil cuba menghiburkan hati aku. "What would I do without you?" kata aku sambil memaksa menghirup jus epal yang telah dihidangkan oleh Dayanna. "You'd die." jawab Dayanna dengan selamba. Sedaya upaya aku cuba untuk senyum.

Dayanna telah menjadi teman baik aku semenjak sekolah rendah. Dia memang mengenali aku dari luar dan dalam. Aku memang tidak boleh cuba untuk berselindung darinya. Walaupun kami tidak berkata-kata, dengan sekali pandangan, dia sudah tahu apa yang bermain di fikiran aku. Tujuh belas tahun bukan lah sekejap. Tanpa Dayanna, aku rasa, aku takkan berada dimana aku sekarang. Dia banyak mendorong aku. Kami pernah merasa kesusahan dan kesenangan bersama. Aku panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan aku seorang teman baik sepertinya.

No comments:

Post a Comment